Pasukan khas yang ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan membentangkan hasil siasatan pada Isnin.<br /><br />Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pasukan khas berkenaan akan mengemukakan dapatan mereka kepada anggota-anggota suruhanjaya itu yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.